Berkaitan Hubungan Manusia Sesama Manusia
Dari Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada dibawah naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu:
Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya
Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati
Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin
Al-Hasan berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dua langkah manusia yang disukai Allah s.w.t. ialah:
1. Langkah menuju sembahyang fardhu dan
2. Langkah menuju silaturrahim kepada kerabat yang mahram
Lima macam siapa yang melaziminya bertambah hasanatnya bagaikan bukit yang besar dan dilapangkan rezekinya iaitu:
Siapa yang selalu sedekah sedikit atau banyak
Orang yang menghubungi kerabat
Orang yang selalu berjuang untuk menegakkan agama Allah s.w.t.
Orang yang selalu berwuduk dan tidak memboros penggunaan air
Orang yang tetap taat kepada kedua ibu bapanya
Dari Abul Laits berkata: "Jika seorang itu dekat dengan kerabatnya maka hubungan kerabat itu berupa hidayah-hidayah dan ziarah, jika tidak dapat membantu dengan harta, maka cukup dengan tenaga, jika jauh maka hubunginya dengan surat menyurat dan jika dapat mendatangi maka itu lebih utama. Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi sepuluh keuntungan iaitu:
Mendapat keredaan Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. menyuruh silaturrahim
Menggembirakan mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah menyenangkan orang mukmin
Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim
Mendapat pujian kaum muslimin
Menjengkelkan iblis laknatullah
Menambah umur
Menjadi berkat rezekinya
Menyenangkan orang-orang yang telah mati kerana ayah dan nenek-nenek itu senang jika anak cucunya bersilaturrahim
Memupuk rasa cinta dikalangan kekeluargaan sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka
Bertambahnya pahala jika ia mati sebab selalu diingati kepadanya jika telah mati dan mendoakan kerana kebaikannya
No comments:
Post a Comment