Thursday, September 29, 2011

Antara Aurat Wanita

Kesedaran tentang betapa pentingnya menutup aurat semakin tinggi dikalangan wanita2 msia skrg ni. TApi masih juga kita terlupa tentang takat2 aurat yang perlu ditutupi dan tahap mana kecanggihan pakaian yang ada pada masakini untuk kita beli sebagai saham di akhirat kelak. Wallahua'lam...sedangkan aku sendiri pun leka apalagi nak menasihati orang lain. Sendiri mau ingat la kan..
Sila rujuk sendiri antara pic yg aku copy dari facebook kengkawan. ** Tiada kaitan bagi yg hidup atau yg mati, semua ini hanyalah untuk peringatan kpd diri sndiri dan bg yg mahu berubah untuk kebaikan dunia akhirat..


Wednesday, September 28, 2011

Diary Of Modern Mom 20

Terjumpa pulak peribahasa ni harini..Lets see!!

Laki-laki adalah kepala keluarga, wanita adalah leher yang menggerakkan kepala itu.
By Translations ..Which Meant:
Man is the head of the family, woman the neck that turns the head.

Kata Mutiara dari Peribahasa cina ada menyebut hal2 rumahtangga..Emm maknanya, suami adalah Ketua dlm segala hal..pencari rezeki, penentu segala keputusan, penyedia segala kemudahan kpd anak isteri.
Manakala isteri merupakan pembantu setia yg sedia membantu dlm segala hal..tukang masak,tukang jahit,tukang sapu,tukang basuh,dan segala tukang2 yg ada..Huh!Nampak mcm mudah..tapi sebenarnya masa yg menentukan takat mana sesuatu pekerjaan perlu dilakukan. Maknanya cukup jam anak kena makan, cukup jam anak kena mandi, cukup jam baju kena kering ontime..IMAGINE THAT??

Wait,i havent finished yet..TOLERATE & UNDERSTANDING , YEs i think i need that HELP!

Wednesday, September 14, 2011

Ibadat solat didik budaya hidup berdisiplin, hargai masa

Posted on the September 12th, 2011 under Agama by admin


ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu ialah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah al-Nisa’, ayat 103)

Semua amal ibadat manusia disukai dan diterima oleh Allah. Ibadat adalah jambatan menghubungkan manusia dengan Penciptanya. Hasil pelaksanaan ibadat dapat meningkatkan darjat ketakwaan ke hadrat Allah di samping menggilap kualiti jiwa kemanusiaannya.


Semakin baik dan ikhlas ibadat seseorang Muslim, maka semakin dekat hatinya kepada Allah dan semakin baik hubungannya sesama manusia.

Petikan al-Quran: Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. – Surah al-Ankabut, Ayat 45

Untuk berhubung secara terus dengan Allah tidak memerlukan sebarang alat komunikasi canggih, memadailah seorang Muslim bermunajat pada bila-bila masa dan di mana juga melalui ibadat solat. Solat itu tiang agama dan kemuncak nilai atau etika kehidupan Muslim.

Rasulullah menganjurkan umatnya melaksanakan ibadat solat tepat pada waktunya. Baginda SAW pernah ditanya oleh Ibnu Mas’ud: “Apakah amalan yang paling afdal? Jawab Baginda: Menunaikan solat tepat ada waktunya. Kemudian Ibnu Mas’ud bertanya lagi: Selepas itu, apa pula? Jawab Baginda: Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Akhirnya Rasulullah ditanya lagi: Kemudian, apa lagi? Ujar Baginda: Berjihad pada jalan Allah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Antara hikmah solat ialah mendidik umat hidup dengan budaya ‘tepat pada waktunya’ sekali gus menggambarkan pentingnya masa dalam kehidupan seorang Muslim. Di samping itu, ibadat solat juga melatih umat hidup secara tertib dan berperaturan.

Fungsi solat juga sebagai penawar ketenangan hati di samping membersihkan jiwa dan raga daripada sebarang kekotoran.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat adalah penyejuk mata hati Baginda.

Kesan yang paling besar terhasil daripada pelaksanaan ibadat solat dengan penuh khusyuk dan ikhlas, ia berupaya menghalang seseorang Muslim daripada keinginan melakukan kemungkaran, baik tindakan mahupun perkataan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Firman ini secara jelas menegaskan solat penawar atau jalan penyelesaian ampuh untuk mencegah amalan tidak bermoral dan jenayah yang membarah dalam kehidupan manusia sejagat. Dalam erti kata lain, ibadat solat tonggak mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan hidup umat Islam.

Sesaat seorang hamba Allah berdiri tegak menunaikan ibadat solat, dia tidak boleh menoleh ke kanan mahupun kiri melainkan meluruskan pandangan wajahnya ke arah tempat sujud.

Mereka juga terikat dengan ikrar dibaca dalam solat, inilah solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu ya Allah Tuhan sekalian alam.

Ibadat solat jika dilaksanakan dengan sempurna dan ikhlas akan memantulkan ketenangan hati, keimanan mapan dan ketrampilan akhlak yang terpuji.

Diary Of MOdern Mom 19

Tanpa disedari hari ini rupanya dah 9 thn usia perkahwinan kami. Dah semestinya byk suka duka,pahit manis yg dah aku lalui.
Dalam kepala ni byk perkara yg nak tulis tp aku rasa kunci utama perkahwinan yg bahagia adalah sentiasa menghargai pasangan masing2 serta kena byk bersyukur dgn apa yg ada. Walaupun kdg2 kita akan rasa perit bila kita dah berkorban byk tp pengorbanan kita tak dihargai, ataupun kita yg tak nampak spt ianya dihargai. KOnsep keluarga bahagia dah semestinya kena selalu ingat pada Allah, berbalik kpd Allah kalau sesuatu yg tak elok / diingini terjadi.
Semoga Kekal hingga akhir hayat AMIN..





Didik dan santuni anak dalam melahirkan generasi berjaya

** Terasa sgt insaf bila baca artikel ni..

Posted on the September 14th, 2011 under Agama by admin



ANAK-anak adalah permata paling berharga setiap pasangan. Mereka menjadi pelengkap kepada kebahagiaan yang dikecapi ibu bapa di dunia ini.

Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak mereka menjadi insan soleh dan solehah. Paling penting, anak perlu dilatih bersolat, dilatih mencium tangan serta memeluk dengan penuh kasih dan sayang.


Jika anak bijak dan sering memenangi pertandingan di sekolah, jangan lupa ucapkan tahniah, peluk dan cium mereka tanda penghargaan. Ketika usia mereka mencapai 14 hingga 21 tahun, jadikan mereka kawan.

Jangan pula pada usia begini ibu bapa mula merenggangkan hubungan dengan anak-anak hingga mereka menjadi anak derhaka. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Berguraulah dengan anak kamu ketika usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Selepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).”

Ibu bapa mungkin mempunyai alasan tidak rapat dengan anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain iaitu apabila pulang di tengah malam, anak-anak sudahpun tidur, kita boleh pergi bilik dan mencium dahi mereka.

Walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. Jangan tunjuk sikap panas baran dan pemarah kepada mereka. Jangan sesekali mengherdik mereka dengan perkataan negatif seperti kurang ajar, bodoh atau dengan sumpah seranah kerana ia boleh jadi doa buat mereka.

Orang tua biasanya, pantang sungguh apabila anak menegur kesalahan. Jangan berasa tercabar kerana bisa ular tidak hilang walaupun menyusur akar.

Saidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima.

Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w, kalau berjumpa anak kecil, baginda hormat dan sayang.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai.

Sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak dan kalau menegur pun dengan herdikan.

Anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka me ngadu, apabila jumpa kawan baik tidak mengapa. Jika Allah menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat.

Tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal tetapi ketika hidupnya kita derhaka? Apabila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah dan bacakan ayat suci untuknya.

Jumpa semula kawan atau jiran dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu reda dan Allah ampunkan dosa mereka.

Allah Maha Pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup pasti tidak tenteram.

Justeru, pertama, pastikan hubungan kita dengan Allah adalah baik kemudian turun pula ke peringkat kedua iaitu hubungan dengan ibu. Pastikan hubungan dengan ibu sentiasa harmoni dan lancar.

Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, Nabi s.a.w suruh utamakan ibu.

Sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biarlah sama supaya kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan.

Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka, kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.

Begitu juga dengan keluarga mentua. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkan serta menjaga mereka juga? Tidak dinafikan, ada menantu yang berkecil hati dan memendam perasaan terhadap mentuanya.

Bersabarlah dan teruskan hubungan baik dengan mereka. Kewajipan anak lelaki pertama sekali kepada Allah, kedua kepada Rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.

Isteri kena faham, kalau suaminya sayang dan melebihkan ibu bapanya, itu memang wajar. Bagi anak perempuan pula keutamaan pertama adalah kepada Allah, kedua Rasul dan ketiga suami.

Justeru, jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail a.s. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah.

Isterinya pun tidak kenal mentuanya. Menantunya bersikap kasar menyebab kan Nabi Ibrahim berkecil hati. Sebelum pulang dia berpesan kepada menantunya, menyuruh suaminya supaya menukar alang rumah kepada yang baru.

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki itu, menyampaikan pesan kepada suaminya itu. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, yang isterinya bukan daripada kalangan wanita berakhlak, lalu diceraikan.

Tuesday, September 6, 2011

AidilFitri : SYawal Menjelma 2011

Salam Aidilfitri , Salam Merdeka











Alhamdulillah. Cuti kali ni dpt lbh kurang 9 hari campur MC 2 hari. Itupun tak habis menziarahi sanak saudara, rakan taulan yg terlampau ramai sgt. Kalau buleh nak p semua tapi memandangkan hangat terik kat sebelah utara sana..terpaksa aku hadkan saudara mara yg terdekat sahaja, jumpa member2 lama pun sat saja..Puas hati dpt jalan mengeratkan silaturrahim sesama muslim.
Rasanya mcm dah ziarah lebih dari 10 buah rumah. Tapi ada jugak yg tuan rumah yg takdak dirumah..
Well semoga thn dpn dpt lagi peluang utk ziarah sanak saudara..I LIKE!! :P