When Mom's need space to write too So here come The Diary of Modern Mom Most probably the story abt my kids, my beloved hubby n my entire life and for sure it's all about soul talk , Wht I feel, Wht I Think ..
Tuesday, November 1, 2011
Diary Of Modern Mom 23
Sapa sangka dlm sihat2 tetiba aku buleh jatuh sakit? hmm masa ni aku terfikir cmana kalau aku tetiba mati..Mcmanapun aku masih percaya ada hikmah disebalik semua yg berlaku. Ni la bahana nyamuk..buleh pulak aku kena demam denggi..
Setelah 3 hari berturut-turut aku amik darah kat klinik P3,ternyata platlet aku masih dibawah paras bahaya dan terus menjunam turun setiap hari sehinggalah Doc mintak aku ke hosp putrajaya utk proses drip dan antiobiotik. Punya terkejut biawaknya, tapi aku rasa masih buleh berjalan lagi so aku ingat esok kalau teruk baru aku p hosp..Doc bagitau proses denggi akan makan masa selama 9 hari lebih kurang. So dah satu minggu aku dpt MC - selang 2 hari, 2 hari jadi la seminggu aku tak p kerja hanya kerana amik darah setiap hari dan demam masih tak kebah2, ditambah pulak sakit sendi yg teramat.
At last aku dah tak tahan, aku pun kena jugak p wad..tapi aku takut nak masuk hosp putrajaya sbb pengalaman masa lalu ( masa beranak dulu) buat aku fobia nak p situ dah. Atas nasihat mr hubby aku p KPJ Kajang, ha hosp sgt canggih tp rupa2nya kalau demam denggi kita kena masuk hosp kerajaan la jugak sbb bank darah ada kt HKL dan Doc kat kpj tu tak berapa baik contactnya dgn hosp kerajaan utk mintak darah..Aduhh!! dah berkali2 aku tengok Doc tu cuba contact Hosp Serdang atau Putrajaya utk transfer aku ke situ sbb platlet aku makin turun dan aku dah mula bleeding..Dia tanya samada tu bleeding menses (menstrual) atau bleeding dengue, aku manala tau. Gelabah betoi la Doc tu , nasibla sekali nurse tu check , ohh bleeding menstrual, baru dia lega skit, walaupun kaler striking lain mcm ( maybe sbb dengue kot)..tapi spjg kt hosp aku tak dibenarkan gosok gigi. Adehhh busuk tak terkata asyik berkumur pakai air biru tu, yakhh!.
Ha ni la rupanya kalau makan makanan hospital, mmg tawaq hebeaq..aku gagah jugak walaupun payau mulut sbb nak tambah darah mmg takdak cara lain kena mkn byk , minum byk. Ingat la sapa2 yg kena penyakit ni..
Huish aku mmg serik kena masuk ICU 3 hari, wad biasa 2 hari lbh kurang seminggu lagi aku dpt MC, so total 2 mggu aku MC..Mmg hikmah betoi sbb aku dah abih cuti, dpt MC ni pun rahmat walaupun dlm kesakitan.. hehehe..
Ni Mr hubby yg menjadi penunggu setia, walaupun dia kena denggi jugak tapi tahap metabolisme dia yg tinggi buatkan denggi tak sampai ketelinga dia kot. Masih boleh uruskan hal2 rumahtangga bila aku sakit. Alhamdulillah. Mcm ni la baguih, time aku sakit baru aku nmpk dia bertungkus lumus buat itu ini. Walaupun dgn bantuan ibu & adik2 aku sbb tak termampu kdg2 tu kan..Ini pun satu hikmah jugak buat aku. Sebelum ni aku buat semua..urus anak2, tapi time ni dia buleh cuti tlg aku.
Finally, dennggi berakhir dgn naik beran (biji2 penuh satu badan) , kata org itulah telur nyamuk, ish mg geli tengok..Kemudian cecair spt cirit keluar dgn kaler hitam pekat , pun satu kelegaan bila Doc mengesahkan denggi aku telah berakhir bila demam aku dan kebah, semua dah pulih sbb dia kata progress aku bagus bila aku mkn byk..minum byk..bagi kerjasama pd antibiotik yg disuntik pd tangan..YESSS aku akhirnya kembali sihat spt sediakala , Alhamdulillah syukur atas ujian tuhan.
Labels:
DOMM23
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment